Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh to all my readers..
Bismillahirrahmannirrahim..
Dikala dirimu merasa lemah,
Terasa mahu jatuh tiada kuasa,
Lemah susuknya, lemah jiwanya,
Rewang-rewang kehidupan jelas nyata, susah.
Carilah punca.
Punca kuasa maksima,
Dalamnya kekuatan yang luar biasa,
Menggugah realiti dunia, yang tiada apa.
Ya Allah dariMu kami datang.
KepadaMu kami kembali.
DariMu sumber kekuatan.
KepadaMu kami bertatih dan terus berlari.
***
Lately I feel something down. Semangat itu hilang lagi. Macam kekuatan dan semangat yang sebelum-sebelum ini jugalah. Hilang. Bila rasa kuat dan semangat itu hilang, memang yang akan mengisi jiwa adalah seteru mereka- Lemah dan semangat yang luntur.
I know that everyone else also have this. Cuma frekuensi yang berbeza. Kadar juga berbeza. Ada yang zooomm terus bangun(Subhanallah orang-orang ini). Ada yang tettttt terus jatuh membungkam. Tidak tahan dugaan. Ada yang steady. Ternanti-nanti fasa semangat yang akan mendatang. Dan banyak lagi jenis-jenis kebolehan yang saya pun tak mampu fikir. I think ( ya saya rasa) I'm the 3rd. The steady one. Harap bukan yang kedua tu sudahlah. Erkk. Amin.
What I meant by steady one is bila dia jatuh, taklah give up easily but it takes time to get that strength back. Kadang- kadang dalam hati tu rasalah juga mahu give up. Sebab darah A ni selalu fikir negatif. Fikir benda negatif ni selalu menjurus kepada perasaan tak layak. Bukan sebab tak mahu. Mostly kearah rasa tidak layak (T.T) dan ini adalah penyakit Umat zaman sekarang juga rata-ratanya. Kalau dalam usrah boleh pot pet, tazkirah bagai ustazah dalam TV (kononlah) cakap yang Allah tak pandang result dia oii, Allah pandang usaha. Cenggini hah. Realitinya bukan semudah itu kan?
Astaghfirullahalazim. Kita kan An Naas. Not every word we said that we felt right at another moments, will bound to have the same effect at different moments. Sebab tu ayat Al Quran selalu berulang. He knows too well. Yang apa yang kita pernah rasa dan pernah cakap tu tidak semestinya akan diingati oleh hati dan perasaan kita. Allah turunkan Rasul untuk memberi peringatan. Hadis 7 juga ada mention- Ad deenu nasihah. Agama itu nasihat. For what? For this!
Hari ni tak tahu berapa lama agaknya rasa down. Mutabaah amal pun buat tak terasa dalam hati namun itu patut nyatakan rasa bersyukur kat Allah sebab masih bagi perasaan nak buat mutabaah amal. Alhamdulillah. But astaghfirullah. :( Oklah bukan sekadar bercerita tentang perasaan lemah ni. Ini boleh menjadi alasan untuk tidak mahu bangun. Istighfar banyak- banyak. Langkah seterusnya? Cari kekuatan!
Scrolled my Twitter and tried to find anything that can match my heart problem. Man jadda wa jada. (Aci tak guna perkataan ni?) APG yang tweet- "Apa yang perlu kita buat bila kita melemah, lelah dan mahu mengalah dalam mengejar Jannah? Dekatkan diri dengan Allah!
Exactly!
Berteleku atas sejadah disaat rasa hati berkecamuk meronta-ronta tuh la rasa yang sangat aman dan tenang. Sayup-sayup masalah itu menjauh hilang dari pandangan. Waktu jiwa rasa dekat dengan Pencipta dimana kepala kita sujud atas tanah (lantailah kot in our case). Sounds so lame. But its the only remedy given. Kalau selalu makan Panadol time sakit kepala tuh, ni berjuta-juta lagi melegakan. A car has its mechanic. A clock has its clock maker. To repair them when in need. Who created us? Allah. Siapa boleh repair hati? Allah :) Alhamdulillah.
Carilah Allah. Allah selalu ada. Kadang-kadang ada juga dengar 'Dah try dah solat bagai, tak jugak jumpa kekuatan' Hmmm bila fikir-fikir kenapa boleh macam itu adalah sebab kita mencari kekuatan sahaja. Kita tidak cari Allah. Erk bukan tadi suruh cari kekuatan?
Pernah terbaca Salim A Fillah tulis dalam buku Jalan Cinta Para Pejuang, dan sangat terasa betullah apa yang diperkatakan. Alkisahnya ada seorang lelaki yang solat dimasjid, dicarinya tempat yang agak-agaknya dekat di hati untuk solat. Habis airmata tumpah kerana khusyuk dalam solatnya. Next weeknya dia lalu masjid yang sama, dan cuba spot yang sama. Tapi hairan, perasaan itu sudah tiada. Kerana apa? Yang dicarinya adalah 'khusyuk' yang dia rasai di minggu sebelumnya. Dia tidak mencari Allah, tapi khusyuk itu sendiri. Nah mana mungkin khusyuk itu bisa dicapai kalau bukan kerana Allah (ikut style Indonesia sikit, Salim A Fillah penulis Indonesia ya buk teehee)
Kekuatan itu datang dari Allah. Recharge power kita dengan Allah. Sujudlah kepada Dia. Pintalah sekuat mana, minta Ya Allah Pemilik langit dan bumi. Pemilik segala hati. Ya Rabb dariMu segala kekuatan, sungguh aku insan lemah, berilah aku kekuatan ya Allah. Berilah aku kekuatan ya Allah. Berilah aku kekuatan ya Allah. Amin
***
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. ” (QS. Albaqarah: 186)
everytime i fall, i stand up and say:
Allah intended good for me!



No comments:
Post a Comment